Saturday, June 2, 2012

:)


kita masuk profile orang, kena lah beradab
Facebook ini macam rumah. Kita masuk profile orang, kena lah beradab.
Kalau ada benda tidak disukai secara personal, nyatakan di inbox, bukan di bahagian komen.
Kalau nak berbeza pendapat dengan apa yang ditulis di status dan hendak nyatakannya di ruangan komen, boleh, tetapi dengan beradab, dengan fakta, bukan dengan maki hamun dan merendah-rendahkan.
Sesiapa yang kurang ajar,walaupun dia betul,dia memang sukar mendapat penghormatan.
Kenapa nak kurang ajar atau tidak beradab di tempat orang?


saranan Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam;
Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan penipu api di dapur arang; adapaun rakan seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Adapun rakan seperti peniup api dapur , sama ada ia akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak"
( Riwayat Muslim, no 4762 )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...